PAPAN KENYATAAN


I made this widget at MyFlashFetish.com.

PMR 2009

Dah pun bermula pada 6 Oktober 2009 dan berakhir pada 13 Oktober 2009, semoga pelajar-pelajar yang mengambil PMR 2009 dapat menjawab dengan tepat dan betul. Kita sebagai ibu bapa mendoakan segala kejayaan untuk mereka.

Pertemuan kembali Raya 3, 22 Sept. 2009

Bersyukur dan belum terlambat lagi untuk mengucapkan salam syawal untuk semua, baru-baru ni pada raya yang 3, berkesempatan berhari raya di Ipoh, Perak(Tasek). Tak sangka dan tak ada plant untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama yang bersekolah rendah dan menengah masa kat chemor dulu. Ramai juga yang dapat berkumpul pada kali ini kaum adam dan Hawa. Semuanya dah jadi emak dan ayah, bentuk badan dgn cutting tak usah cerita lah, ada yg masih maintain dan ada pula yang dah out shape. Rupa paras pun sama juga mengalami evolusi, masing-masing dah lama tetapi bukan tua. Banyak lah kisah dan cerita yang dibualkan, bertanya khabar dan sebagainya, maklumlah dah lama........... tak bertemu. Tapi apa pun ucapan terima kasih untuk tuan rumah(Puan Azizah serta famili) kerana memberi kesempatan berkumpul. Untuk khairul dan din juga tak dilupakan atas daya usaha mereka berdua, terima kasih banyak-banyak juga untuk semua yang dapat melapangkan masa hadir dan memberi kerjasama pada perjumpaan kali ini. Walaupun kali pertama hadir tetapi dapat dirasakan sikap kemesraan, keakrapan persahabatan serta keihklasan masih menebal dalam jiwa masing-masing. Sekiranya ada kesempatan seperti itu lagi sila maklumkan, sekiranya ada kelapangan boleh hadirkan diri, insyaalah. Tapi gambar tak ada, kamera tak dibawa bersama. Pohon maaf kepada kawan-kawan terutama kaum hawa, bukannya sengaja tak mengenali semua tetapi itulah hakikatnya dah lama ingatan/memori banyak dah yg black out. Jadi sekiranya nama tuan dan puan tak tersenarai harap maaf. Kehadiran perjumpaan raya 3 diTasek, ipoh, perak pada 22 Sept. 2009 (Selasa) :-

Kairul, Jamaluddin, Syamsul, Baharin, Rohaimi, Siew Fatt, Mahmud, Halim, Md Jem dan Jamal

Azizah (Tuan umah), Habshah, Jamilah, Rohaya dan Norsiah seorang lagi terlupa nama....

itu aje yg teringat dan dengar nama dia orang, kalau tak ada dlm senarai maafkan. Sekiranya ada rakan-rakan yang berkenaan terbaca blog ni dan ada gambar2 perjumpaan yang biasa dihadiri tak kira dimana-mana sila email ke alamat berikut anugerah088@yahoo.com.my. atau pun Skype ke zain azrai.
Akhirkata,

Sekiranya ada sumur diladang
Dapat kiranya menumpang mandi
Sekiranya ada umur panjang
Maka boleh kita berjumpa lagi.

Gambar